Workshop penuh tiga jam. Kenal pasti kerja yang patut diserah kepada AI, dan bina staf AI pertama anda.
Sesi live 1 Ogos 2026 · 3 jam · Bahasa Melayu · Guna bab di bawah video untuk lompat ke bahagian yang anda perlukan
Video ni berguna? Subscribe channel saya untuk video baharu.
Dua helaian ini yang kami guna dalam sesi. Buka sebelum tonton, dan isi sambil ikut. Menonton sahaja tidak akan menghasilkan staf AI. Yang menulis, yang dapat.
Senaraikan semua kerja berulang anda, tapis guna ujian tiga soalan, dan tandakan SATU yang anda nak bina dahulu.
⬇ Muat TurunRangka lengkap untuk staf AI anda: identiti, suara, pantang, fakta, tugas, dan checkpoint manusia.
⬇ Muat TurunBukan sebab saya bercakap lebih. Sebab peserta terus bertanya, dan mereka terus tinggal.
Angka disahkan daripada laporan peserta Zoom rasmi bagi sesi 1 Ogos 2026.
Cara senaraikan semua kerja berulang anda, dan tapis mana yang patut diserah kepada AI menggunakan ujian tiga soalan.
Identiti, suara, pantang, fakta, dan checkpoint manusia. Ini yang membezakan staf AI yang berguna daripada chatbot biasa.
Dari kosong sampai berfungsi, dalam sesi yang sama. Tiada coding. Boleh diikut walaupun anda bukan orang teknikal.
Berapa minit dijimatkan setiap kali guna, dan berapa peratus output boleh terus dipakai tanpa edit.
Semua yang dibina dalam sesi ini berjalan pada AI percuma. Tiada langganan diperlukan untuk mengikuti.
Kita kerjasama rapat dengan AI, bukan serah bulat-bulat. Manusia kekal pegang keputusan.
Sertai komuniti stafai.my. Tempat pemilik bisnes Malaysia berkongsi prompt, bertanya bila tersangkut, dan tunjuk apa yang mereka dah bina.
💬 Sertai Komuniti (Percuma)Boleh. Sifar coding. Kalau anda boleh hantar WhatsApp, anda boleh ikut sesi ini.
Tidak. Semua yang dibina dalam sesi ini berjalan pada AI percuma seperti Claude, ChatGPT, atau Gemini.
Guna bab di bawah video. Kalau anda cuma ada 30 minit, mula pada bahagian Master Prompt. Itu isi paling padat dalam keseluruhan sesi.
Sesi live pada Sabtu, 1 Ogos 2026, dihadiri 67 peserta melalui Zoom.
Maklum balas peserta selepas sesi percuma 1 Ogos 2026. Perkataan mereka sendiri, tidak diubah.
Dah follow Tn Azrain sejak 2022 belajar google ads. Mmg cara tuan mengajar kena dgn sy. Apa saja perkara baru yg diajar. Sy akan follow.
Utk kelas Staf Ai ni. Dah byk buat pembacaan. Still lg berat hati utk join kelas org lain. Then tuan inform ada buat kelas Staf Ai. Tanpa ragu join terus.
Input sy dpt adalah cipta Staf Ai utk mudahkan kerja hakiki sy. Nampak perkara yg sebelum ni sy xnmpk. Especially part compliance. Urus risiko sebelum buat sesuatu.
Walaupon kelas basic saja. Apa yg di share more than basic.
ShahfiqSS Gold & Jewellery
Breakdown kes produk gout tadi mmg btul² mindblown, dulu guna chatgpt brainstorm minta idea copywriting dia bagi apa yg kita nak je.
Tp cowork tadi siap warning apa yg perlu elak + sample forbidden copy yg melanggar guardrails especially health policy.
Yang paling power dia siap pergi research rulebook KKM, Meta advertising policy terus, pstu present dlm satu file, convert HTML terus mudah nak scan & baca mcm web interactive.
SalPeserta sesi pilot
Session tu open my eyes about how sepatutnya kita pakai ai with new lense. Especially part you cakap about context engineering tu.
Lagi-lagi bila kita berniaga sorang, banyak kita boleh jimat dengan guna ai dengan betul.
Haha, i attend because I wanna see how we can utilize ai to make decent money dan kita boleh jimat masa untuk buat meaningful work.
Jadi, tercapai dah intention tu bila tengok your slide, worksheets. Thumbs up thou! You delivered well.
Siti Hajar AbdullahCampaign Manager
Paling utama y saya dpt ialah pendedahan n penggunaan secara optimum utk Ai khususnya claude. Saya sbnarnya baru mengenal Ai n byk menggunakan Gemini plus n chatgpt free.
Sbnarnya saya tercari2 penerangan dan bagaimana cowork berfungsi sbb tercari2 juga pencerahan berkaitan ini.
Tapi tuan mengajar n berkongsi ilmu pada kelas semalam seperti kelas berbayar. Sngat2 membuka mata khususnya orang seperti saya ni.
Aizat FathiHalal Trainer & Consultant
Bila tengok tuan demo untuk gout tadi, baru terfikir, oh patutlah susah nak buat content produk kesihatan yang comply dengan tiktok, facebook.
Rupanya bab compliance pun dah banyak sangkut. Lastnya, nak keluar 1 skrip video pun berhari-hari walau dah guna Ai.
Peserta sesi pilotIndustri produk kesihatan
Bagi saya, adalah faham workflow sebelum buat staf AI itu sendiri. Ini yang banyak membantu.
Alimuddin ZafrullahMarketing Consultancy
Semua maklum balas di atas disiarkan dengan kebenaran peserta. Perkataan mereka sendiri. Sebahagian dipendekkan supaya muat, tetapi tiada satu perkataan pun ditukar atau ditulis semula. Nama dan butiran bisnes hanya dipaparkan bagi yang membenarkannya.
Sesi percuma ini beri anda kaedahnya. Masterclass beri anda sistem yang siap, dengan saya di sisi anda sepanjang hari.
Kelas hands-on. Kami audit bisnes anda, deploy staf AI, dan pasang SOP supaya sistem kekal bila anda sibuk.