Kohort Perintis · Tempat Terhad

Awak dah bina satu staf AI.
Ini cara bina yang selebihnya.

Masterclass sehari. Kita audit bisnes awak, deploy 3 hingga 5 staf AI, dan pasang SOP supaya ia kekal bila awak sibuk.

Saya Nak Masuk Kohort →

Ada soalan dulu? E-mel helpdesk@stafai.my. Saya balas sendiri, bukan bot.

Pembayaran selamat melalui BCL.my oleh Bayarcash Sdn. Bhd.

Azrain Alaman
Google Partner · HRD Corp Accredited Trainer No. 51048 · eUsahawan Subject Matter Expert 2025–2027

67
peserta hadir sesi percuma 1 Ogos
126
minit median masa ditonton
37
orang kekal melebihi 2 jam
Angka disahkan daripada laporan peserta Zoom rasmi bagi sesi 1 Ogos 2026.

Buka balik Audit Worksheet awak.

Berapa peluang yang awak senaraikan? Tiga? Lima?

Dalam sesi tadi, kita bina satu. Yang lain masih di situ, menunggu.

Dan saya nak jujur dengan awak, sebab saya tak suka tipu orang:

Kebanyakan orang yang keluar dari sesi macam tadi, tak bina yang selebihnya. Bukan sebab malas. Bukan sebab tak pandai.

Tapi sebab esok pagi, WhatsApp berbunyi balik. Invois kena hantar. Anak demam. Hidup jalan semula. Dan worksheet tu masuk dalam laci.

Dan satu lagi yang awak kena tahu.

Ingat saya cakap saya ambil lebih 3 bulan untuk faham benda ni?

Itu saya buat sendirian. Cuba, silap, betulkan. Tiada siapa tunjuk jalan.

Dalam sesi percuma tadi, saya bagi awak jalan pintas untuk yang pertama.

Tapi untuk yang selebihnya, untuk bina sampai jadi satu sistem yang betul-betul jalan, itu bukan 90 minit.

Saya boleh biar awak cari sendiri, macam saya dulu. Ambil masa berbulan.

Atau kita buat sama-sama, dalam sehari.

Jadi soalan saya cuma satu: awak nak bina yang selebihnya sendirian, atau awak nak saya bina bersama awak?

Apa itu Staf AI Masterclass

Sehari penuh. Bukan ceramah. Kita duduk dengan bisnes awak, dan kita bina.

1. Audit Dalam

Bukan 20 minit macam sesi percuma. Kita sapu seluruh proses bisnes awak sampai jumpa titik paling berdarah.

2. Deploy 3 hingga 5

Bukan satu. Kita bina beberapa staf AI, satu demi satu, sampai berfungsi betul.

3. SOP + Ukur

Supaya ia kekal bila awak sibuk, dan awak nampak jam yang awak jimat, bukan sekadar rasa.

Apa awak dapat

  • Masterclass sehari penuh
    Audit + deploy 3 hingga 5 staf AI untuk bisnes awak sendiri
  • Semakan Master Prompt peribadi
    Saya sendiri semak dan perbaiki Master Prompt awak
  • Sector prompt pack
    Set prompt siap pakai untuk industri awak (klinik, runcit, servis, F&B)
  • SOP + helaian ukur
    Supaya sistem kekal, dan awak boleh buktikan ia berhasil
  • Akses group alumni
    Tanya bila tersangkut. Awak takkan buat sendirian.

Beza dengan sesi percuma tadi

Sesi percuma bagi awak method. Masterclass bagi awak sistem yang siap, dengan saya di sisi.

 Sesi PercumaMasterclass
Audit Worksheet
Bina 1 staf AI
Audit dalam bisnes AWAK
Deploy 3 hingga 5 staf AI
Feedback peribadi dari saya
Semakan Master Prompt awak
Sector prompt pack
SOP + cara ukur
Group alumni

Pelaburan

Sebelum saya sebut harga, fikir sekejap.

Kalau awak upah seorang staf admin separuh masa untuk buat kerja-kerja tu: gaji, EPF, masa awak melatih dia, masa awak semak kerja dia. Berapa sebulan? Dan itu berulang, setiap bulan.

Masterclass ni sekali bayar. Dan staf AI yang awak bina, kekal milik awak.

Harga biasa RM980
RM680
Kohort Perintis (kohort pertama sahaja)

Kenapa harga ni lebih rendah?

Jujur: ini kohort pertama. Saya nak testimoni sebenar dan feedback jujur awak untuk perbaiki program ni. Sebab tu harganya begini. Kohort seterusnya, RM980. Itu bukan taktik jualan. Itu memang harga selepas ni.

🛡️ Risiko itu saya tanggung dua kali, bukan awak

Saya bagi awak dua pintu keluar. Awak cuma perlu hadir, dan buat kerja.

Pintu 1 · Kesesuaian

Sampai waktu rehat tengah hari, kalau awak rasa ini bukan untuk awak, cakap pada saya. Saya pulangkan bayaran penuh, hari itu juga. Tiada soal ditanya.

Pintu 2 · Hasil kerja

Kalau awak hadir penuh dan buat kerja bersama saya, tetapi hujung hari awak tidak balik dengan tiga staf AI yang berfungsi, saya pulangkan bayaran penuh.

Maksud "berfungsi": awak beri satu kerja sebenar dari bisnes awak, dan ia pulangkan hasil yang awak boleh terus guna. Kita uji dalam sesi, hari itu juga.

Nota jujur: kedua-dua jaminan ini pada kesesuaian dan hasil kerja yang saya hantar. Saya tidak menjanjikan hasil kewangan atau pulangan pelaburan tertentu, sebab tiada siapa boleh jamin hasil bisnes orang lain. Yang saya jamin: apa yang awak bawa balik dari bilik itu.

Kenapa tempat terhad kepada 12

Kohort ini terhad kepada 12 orang. Ini bukan taktik jualan. Ini kelas hands-on, dan saya kena duduk dengan setiap bisnes. Lebih dari 12, saya tak boleh bagi perhatian yang saya janjikan. Jadi bila penuh, ia penuh.

Harga perintis RM680 berjalan sehingga 12 tempat penuh. Selepas itu kohort seterusnya RM980. Tiada countdown, tiada jam berdetik. Bila tempat habis, ia habis.

Soalan lazim

Saya boleh buat sendiri, awak dah ajar tadi.

Betul. Awak memang boleh. Saya pun buat sendiri. Ambil masa 3 bulan. Kalau awak ada 3 bulan untuk cuba, silap, dan betulkan, silakan. Saya betul-betul gembira.

Masterclass ni bukan untuk orang yang akan buat sendiri. Ia untuk orang yang tahu, jujurnya, mereka takkan sempat.

Mahal.

Saya faham. Boleh saya tanya: mahal berbanding apa? Kalau berbanding tak buat apa-apa, ya, RM680 lebih mahal dari RM0. Tapi kalau berbanding kos masa yang awak hilang setiap minggu, mari kita kira sama-sama. WhatsApp saya.

Saya tak ada masa.

Sehari. Dan hari tu, awak deploy tiga hingga lima staf AI. Bandingkan dengan berapa minggu awak akan ambil untuk buat sendiri, kalau sempat.

Berkesan ke untuk bisnes saya?

Awak baru buktikan sendiri dalam sesi percuma tadi. Awak bina satu staf AI, untuk bisnes awak sendiri, dalam masa 90 minit. Yang selebihnya prinsip sama, cuma lebih dalam.

Dan kalau hujung hari awak tidak balik dengan tiga staf AI yang berfungsi, saya pulangkan bayaran penuh. Saya letak duit saya di situ.

Tarikh belum ada. Macam mana nak commit?

Saya buat terbalik dengan sengaja: saya kumpulkan 12 orang dahulu, kemudian baru kunci tarikh yang majoriti boleh hadir. Masterclass berjalan dalam bulan Ogos 2026.

Kalau tarikh yang kita pilih nanti awak betul-betul tidak boleh hadir, saya pindahkan awak ke kohort seterusnya pada harga yang sama, atau saya pulangkan bayaran. Awak tidak akan terperangkap.

Saya kena langgan AI berbayar ke?

Tidak. Apa yang kita bina berjalan pada AI percuma, sama seperti sesi pilot. Versi advanced yang saya guna untuk pasukan 32 staf AI saya bukan syarat masuk. Dalam Masterclass pun, kita mula dari yang percuma.

Saya tak teknikal.

Sifar coding. Sama macam sesi tadi. Kalau awak boleh hantar WhatsApp, awak boleh ikut.

Macam mana nak bayar?

Klik butang di bawah. Awak akan dibawa ke halaman pembayaran selamat BCL.my. Boleh bayar melalui FPX (perbankan internet) atau DuitNow QR.

Sebaik bayaran berjaya, awak terus dibawa ke halaman yang mengandungi link group kohort. Sertai group itu, dan di situlah semua maklumat sesi dihantar. Awak juga menerima e-mel resit untuk rekod awak.

Kalau awak lebih selesa bertanya dahulu, e-mel helpdesk@stafai.my. Saya balas sendiri.

Kata mereka yang hadir sesi percuma

Maklum balas peserta selepas sesi 1 Ogos 2026. Perkataan mereka sendiri.

“Dah follow Tn Azrain sejak 2022 belajar google ads. Mmg cara tuan mengajar kena dgn sy. Apa saja perkara baru yg diajar. Sy akan follow.

Utk kelas Staf Ai ni. Dah byk buat pembacaan. Still lg berat hati utk join kelas org lain. Then tuan inform ada buat kelas Staf Ai. Tanpa ragu join terus.

Input sy dpt adalah cipta Staf Ai utk mudahkan kerja hakiki sy. Nampak perkara yg sebelum ni sy xnmpk. Especially part compliance. Urus risiko sebelum buat sesuatu.

Walaupon kelas basic saja. Apa yg di share more than basic.”

ShahfiqSS Gold & Jewellery

“Breakdown kes produk gout tadi mmg btul² mindblown, dulu guna chatgpt brainstorm minta idea copywriting dia bagi apa yg kita nak je.

Tp cowork tadi siap warning apa yg perlu elak + sample forbidden copy yg melanggar guardrails especially health policy.

Yang paling power dia siap pergi research rulebook KKM, Meta advertising policy terus, pstu present dlm satu file, convert HTML terus mudah nak scan & baca mcm web interactive.”

SalPeserta sesi pilot

“Session tu open my eyes about how sepatutnya kita pakai ai with new lense. Especially part you cakap about context engineering tu.

Lagi-lagi bila kita berniaga sorang, banyak kita boleh jimat dengan guna ai dengan betul.

Haha, i attend because I wanna see how we can utilize ai to make decent money dan kita boleh jimat masa untuk buat meaningful work.

Jadi, tercapai dah intention tu bila tengok your slide, worksheets. Thumbs up thou! You delivered well.”

Siti Hajar AbdullahCampaign Manager

“Paling utama y saya dpt ialah pendedahan n penggunaan secara optimum utk Ai khususnya claude. Saya sbnarnya baru mengenal Ai n byk menggunakan Gemini plus n chatgpt free.

Sbnarnya saya tercari2 penerangan dan bagaimana cowork berfungsi sbb tercari2 juga pencerahan berkaitan ini.

Tapi tuan mengajar n berkongsi ilmu pada kelas semalam seperti kelas berbayar. Sngat2 membuka mata khususnya orang seperti saya ni.”

Aizat FathiHalal Trainer & Consultant

“Bila tengok tuan demo untuk gout tadi, baru terfikir, oh patutlah susah nak buat content produk kesihatan yang comply dengan tiktok, facebook.

Rupanya bab compliance pun dah banyak sangkut. Lastnya, nak keluar 1 skrip video pun berhari-hari walau dah guna Ai.”

Peserta sesi pilotIndustri produk kesihatan

“Bagi saya, adalah faham workflow sebelum buat staf AI itu sendiri. Ini yang banyak membantu.”

Alimuddin ZafrullahMarketing Consultancy

Semua maklum balas di atas disiarkan dengan kebenaran peserta. Perkataan mereka sendiri. Sebahagian dipendekkan supaya muat, tetapi tiada satu perkataan pun ditukar. Nama dan butiran bisnes hanya dipaparkan bagi yang membenarkannya.

Sedia bina seluruh pasukan awak?

📅 Dalam Ogos 2026 👥 12 tempat sahaja RM680 (biasa RM980)

Tarikh tepat dikunci bersama 12 orang pertama. Sebaik tempat penuh, saya hantar tiga pilihan tarikh dalam group kohort dan kita pilih yang paling ramai boleh hadir. Sebab saya tidak mahu ada orang bayar, kemudian tidak dapat datang.

Kunci Tempat Saya →

Bayar melalui FPX atau DuitNow QR. Sebaik bayaran berjaya, awak terus dibawa ke halaman yang mengandungi link group kohort.
Ada soalan dulu? E-mel helpdesk@stafai.my. Saya balas sendiri, bukan bot.

Pembayaran diproses dengan selamat melalui BCL.my oleh Bayarcash Sdn. Bhd.

Dan kalau sekarang bukan masanya, betul-betul tak apa.

Kalau bajet tak mengizinkan, atau awak nak cuba sendiri dulu: tak apa.

Apa yang awak bina dalam sesi percuma tadi, milik awak. Selamanya. Percuma. Saya tak akan tarik balik.

Saya tak nak sesiapa masuk sebab rasa terdesak. Saya nak awak masuk sebab awak nampak nilainya.

Kalau tidak, kita jumpa lain kali, insyaallah. Dan saya tetap doakan bisnes awak berjaya.

AI bukan datang untuk ganti kerja kita.
Ia datang untuk perkasakan kerja kita.

Rezeki ilmu tak datang bila kita berhenti rasa "semua kena buat sendiri".